Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Lamp2Win - Hackathon Day MSC Open Source Conference 2009

Lamp2Win - Hackathon Day MSC Open Source Conference 2009

More info about Lamp2Win and original post in Malay

More info about Hackathon Day MSC Open Source Conference 2009

A competition will be hosted by PHP.net.my in conjunction with MSC Open Source Conference 2009 and will be held in Berjaya Time Square Hotel and Convention Centre Kuala Lumpur, Malaysia from May 31st (Sunday) to the 3rd of June (Wednesday) 2009.

We would like to invite all the members from PHP.net.my and anyone who is interested to join the committee. The contest will be held 2 weeks before the actual event that ends on the 31st of May 2009 and the winner will be announced on that same day.

The winner of the competition will be granted cash prizes totaling RM 10,000.00 for all 5 categories. The prize money is sponsored by Microsoft Malaysia.

For now, PHP.net.my will choose 20 applications in 5 categories
1. Forum
2. Groupware
3. Blog
4. eCommerce
5. CMS/Portal

All the applications above will be asked to support the main database of MSSQL 2008. The applications are yet to be determine but in my opinion, it would be related to Wordpress, Drupal and PHPBB.

The terms and conditions for the approved application must be the support of the main database for MSSQL. There may be a training or free courses that will be held in KL on “HOW TO” use PHP with the support of MSSQL and also on how to connect PHP with MSSQL using the existing drivers in PHP or PDO. (These workshops will also be sponsored by Microsoft)

The first steps required are:
1. Participation of Volunteers
2. Suggestions for related applications. Please note again that there are 20 application in 5 categories.

With this I hope that all the members of PHP.net.my will contribute ideas to the competition and help in raising the image of PHP.net.my. On MDeC side, participation can also improve opportunities for funding future developers. I will be updating the community from time to time with regards to this competition within this forum.

Please start you discussion. TQ

p/s: all the source code in the competition will be contributed back to the community (AND REMAIN OPEN SOURCE)

Call For Papers MSC Malaysia Open Source Conference 2009

LinuxMalaysia

Promotion documents





Saturday, July 5, 2008

Malaysia Freelance OSS Virtual Group

Malaysia Freelance OSS Virtual Group

Post ini dtinggalkan untuk rekod. Rujuk ini

Malaysia Freelance OSS Virtual Group (MyFossG) atau Kumpulan Maya Pakar Runding OSS Malaysia, sekarang ini dipanggil Malaysia Open Source Software Consultant Alliance (MOSCA) adalah bertujuan untuk menggabungkan Freelance atau pakar runding Open Source Sofware (OSS) dalam satu rantaian, rangkaian hubungan atau "Social Network" di Internet secara maya.

Rangkaian hubungan ini akan menggunakan kemudahan Internet seperti Social Network, Chat, mailing list, forum dan pelbagai lagi. Kemudahan yang sedia ada dan percuma, bagi memastikan rantaian boleh wujud dipelbagai lapisan penggunaan Internet.

Dengan gabungan secara maya ini membolehkan kerjasama dan aktiviti secara dapat dirangka, dijalankan dan diuruskan.

(A) Agenda

Agenda utama MyFossG pada masa ini adalah

(A.1) Meluaskan rangkaian hubungan melalui rakan-rakan dan kenalan
(A.2) Mewujudkan rangka kerja pemasaran bagi ahli kumpulan MyFossG
(A.3) Mewujudkan satu pusat hubungan kepada semua Freelance dalam MyFossG
(A.4) Mewujudkan kerjasama kerja antara freelance bagi menjalankan projek

(B) Portal MyFossG

Sebuah laman web khusus atau portal, yang bertindak sebagai pintu hubungan rangkaian hubungan ini akan diwujudkan bagi memudahkan pencarian Freelance atau pakar runding OSS ini. Untuk permulaan, laman web http://myfossg.songketmail.org/ akan digunakan untuk portal MyFossG.

(C) Penyertaan

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai MyFossG. Contoh-contoh pengetahuan OSS yang boleh menyertai rangkaian hubungan maya ini.

(C.1) Anda yang menggunakan Linux, FreeBSD, OpenBSD, NetBSD dan Open Solaris.
(C.2) Anda yang menjalankan pemasangan backend server seperti Apache web server, MTA seperti Postfix, Qmail, Exim, OpenLDAP dan pelbagai.
(C.3) Anda yang membina aplikasi menggunakan bahasa aturcara seperti Perl, Ruby, PHP dan Python.
(C.4) Anda yang menjalankan perniagaan melibatkan sokongan dan pemasangan aplikasi OSS.
(C.5) Anda yang terlibat sebagai pelatih OSS, seperti Open Office, Linux Administration dan pelbagai lagi.

(D) Cara-cara menyertai

(D.1) Sediakan biodata diri anda. Ringkas dan tanpa perlu mendedahkan maklumat peribadi terperinci. Nama, alamat email, nama Internet dan laman web adalah perlu. Biodata perlu senaraikan kemahiran OSS dan pengalaman kerja OSS. Sertakan sekali :-

- Nama pengguna Sourceforge.net
- Nama pengguna Gmail.com
- Nama pengguna Yahoo! Mesenger
- Cadangkan nama pengguna untuk anda gunakan untuk Intranet MyFossG

Biodata ini bagi tujuan sebaran melalui Internet, jadi anda perlu berhati-hati apa yang anda ingin edarkan.

(D.2) Sediakan laman web yang mengandungi biodata diri anda seperti D.1

(D.3) Anda perlu mempunyai nama pengguna di Sourceforge.net

http://www.sourceforge.net/

Sourceforge.net adalah mempunyai E-market yang membolehkan kemahiran OSS disenaraikan dan pihak berminat boleh mendapatkan perkhidmatan OSS dengan bayaran yang dipersetujui bersama. Ia terbuka kepada pasaran antarabangsa.

(D.4) Email kepada myfossg @ songketmail.org dengan tajuk (subject) "Daftar Masuk MyFossG namaanda". Gantikan namaanda dengan nama penuh anda. Sertakan biodata diri dan daripada mana anda mendapat tahu MyFossG.

(D.5) Keperluan menyertai pelbagai kemudahan Internet.

- Terima LinuxMalaysia Google Chat dan Yahoo Mesenger apabila dijemput.

(E) Rangka Kerja Promosi

Diharapkan MyFossG dapat diperkenalkan kepada rakan-rakan lain yang terlibat dengan freelance OSS. Ini membolehkan hubungan antara Freelance boleh diwujudkan bagi tujuan berkongsi pengalaman dan ilmu dan bantuan.

(F) Rangka Kerja Pemasaran

Rangka kerja pemasaran adalah untuk mewujudkan cara yang bersesuaian untuk memasarkan perkhidmatan dalam setiap ahli MyFossG. Setiap ahli MyFossG perlu menyertai pelbagai kemudahan Internet bagi mendapatkan pendedahan yng lebih luas.

MyFOssG akan dibuka dipelbagai ruang Social Network bagi tujuan membentuk hubungan antara pelbagai pihak.

(G) Rangka Kerja Pusat Rujukan

MyFossG akan membangunkan sistem sokongan seperti meja bantuan (helpdesk), Sokongan melalui talian seperti online chat dan sistem tiket yang boleh diselaraskan sesama ahli MyFossG.

(I) Langkah-langkah penyertaan :-

Klik sini untuk rangka kerja pemasaran dan penyertaan. Sila daftarkan diri anda pada setiap langkah-langkah.