Sunday, December 14, 2008

Kadar Bayaran Freelance OSS MOSCA

Kadar Bayaran Freelance OSS MOSCA

Email Archive
https://sourceforge.net/mailarchive/forum.php?forum_name=songketmail-myfossg

Hasil perjumpaan pada 23 Nov 2008. Kadar bayaran untuk Freelance OSS telah dibincangkan. Berikut saya dokumen hasil perbincangan dan lain-lain maklum balas saya terima sebelum dan selepas perbincangan.

Sila berikan pandangan sebelum menjadi teras kepada kita semua.

(A) Bayaran ditentukan dengan cara berikut :-

(1) Masa perkhidmatan diperlukan

(1.a) Hari ini juga dengan segera. Keperluan dokumen seperti email atau hubungan baik.

Lanjutan perbincangan untuk mewujudkan satu cara untuk menentukan kadar khidmatan sokongan selama setahun.

(1.b) Selepas hari ini dengan dokumen-dokumen telah disediakan.

Dokumen paling perlu adalah LO atau sebarang dokumen daripada kewangan pihak yang mahu perkhidmatan.

Jika perlu segera. Surat Tunjuk Minat.

(2) *** Kadar ***

(2.a) Bagi khidmat biasa adalah berdasarkan "Hari Kerja" bersamaan 8 jam kerja sehari. Satu hari kerja bersamaan RM2000.

kadar Hari kerja dikira dalam keadaan biasa apabila antara 8 pagi hingga 11.59 malam.

Sekiranya ada penambahan lebih 8 jam kiraan adalah dibuat RM200 untuk sejam penambahan.

Selepas 12 tgh malam hingga 7.59 pagi adalah dengan kiraan jam. Satu jam kerja adalah RM400.

Kenapa mahal? Apabila perlu tidur waktu siang sebelum atau selepas tugasan ia akan membuat hilang peluang untuk membuat kerja-kerja lain waktu siang. Kebanyakan kerja adalah waktu siang.

Maksimum boleh kerja dalam sehari (hari kerja) adalah 12 jam. Biar adalah rehat. Keperluan menjaga kebajikan dan kesihatan.

Kes boleh terjadi apabila kerja dimulakan lewat. Contoh selepas jam 4 ptg. dan melebihi 12 jam.

Kiraan 4ptg hingga 11.59 malam adalah RM2000 sehari. Masa selepas 12 tgh malam adalah kiraan RM400 sejam.

Bagaimana pula sekiranya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi.

Kiraan adalah kerja 8 malam hingga 4 pagi RM2000. Tambahan RM200 antara jam 12tgh malam hingga 4 pagi. Selepas 4 pagi adalam RM400 sejam.

RM2000 + RM800 (4 jam x Rm200) + RM1600 (4jam x rm400) = RM4400.

INGAT YA. Kerja malam menyebabkan kita kerugian masa untuk kerja-kerja siang sebelum dan selepas sebab perlu tidur. Masa dengan keluarga juga terbuang. Atas kira rendah. Boleg juga kenakan RM400 kam 12 hingga 4 pagi. Ikut keperluan masing-masing.

(2.b) Kadar hari kerja segera.

Maksud kadar hari kerja segera adalah bila ada keperluan untuk melakukan kerja, kurang daripada 24 jam pada masa kerja hendak dijalankan.

Ikut jam kerja Rm400 sejam sehingga selesai tidak melebihi 12 jam. Sekiranya perlu disambung esok harinya kadar perlu dirunding sama ada mengikut kadar (2.a) atau teruskan dengan kadar (2.b) dengan kiraan ikut jam. Sambungan kerja hanya dibuat selepas paling minimum 4 jam untuk memberi rehat kepada mereka yang terlibat.

Sekiranya mahu mengikut kadar (2.a) masa bertenang perlulah 24jam.

(3) Formula bagi kiraan bayaran perkhidmatan

Satu formula perlu dirangka bagi membuat kiraan "hari kerja" bagi kerja yang hendak dijalankan. Ia boleh menjadi panduan bagi penentuan harga.

Penentuan jumlah harga adalah mengikut :-

(3.a) Jenis kerja dijalankan sama ada melibatkan kepakaran khusus.
(3.b) Jumlah pengguna yang terlibat dalam kerja-kerja.
(3.c) Kos-kos pembelian selain daripada harga perkhidmatan. Contoh lesen perisian, perkakasan dan pelbagai.
(3.d) Kos membuat sokongan semasa waranti (3 bulan dicadangkan)
(3.e) Kos latihan

(3.a) Untuk perkara ini satu "baseline" akan disediakan. Contoh untuk menyediakan Email berapa lama diperlukan dan apa yang dikatakan sebagai perkara biasa.

Ia turut melibatkan kepakaran seseorang. Mungkin kerja yang dulunya mengambil masa 4 hari boleh dibuat dalam masa 2 hari. Mungkin satu kerugian akan tetapi penambahan nilai perkhidmatan boleh dibuat disitu.

Perlu ikut pertimbangan masing-masing.

(3.b) Semakin ramai pengguna yang terlibat semakin bertambah jumlah hari kerja. Ini disebabkan jumlah pengguna menentukan jumlah saiz data yang perlu migrasi atau konfigurasi khusus yang perlu dilakukan. "Baseline" perlu dibincangkan.

(3.c) Kos-kos belian lain perlu dimasukkan sekali. Jangan lupa untuk naikkan sedikit harga bagi kos pengangkutan dan tukaran wang asing. Jangan tolak daripada bayaran perkhidmatan.

(3.d) Kos membuat sokongan waranti perlu dikira. Cadangan 3 bulan untuk masalah pemasangan dan perlu tetapkan berapa kali perlu datang untuk membuat pembetulan.

(3.e) Kos latihan selepas pemasangan perlu diambil kira. Biasanya kiraan adalah RM450 satu orang untuk sehari latihan.

(B) Perkara-perkara lain

Selepas mengira kos, barulah ada penilaian sama ada hendak berikan diskaun atau tidak. Harap kerja sama semua untuk nilaikan kerja dengan kadar diatas dan turunkan harga dengan diskaun. Ini membolehkan Kadar sentiasa tetap.

Perlu wujud dokumen yang standard hari kita semua. Seperti surat penjanjian kerja. (Dibincangkan dalam email lain)

Perlu diwujudkan helpdesk bersama. (Dibincangkan dalam email lain)

Perlu diwujudkan Marketing bersama. (Dibincangkan dalam email lain)

No comments: