Showing posts with label MOSCA. Show all posts
Showing posts with label MOSCA. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

Malaysia Open Source Software Consultant Alliance (MOSCA)

Malaysia Open Source Software Consultant Alliance (MOSCA)

"To promote members that doing freelance for open source software like Linux, FreeBSD, Ubuntu and Suse."

MOSCA sebelum ini dipanggil MyFOSSG.

Malaysia Open Source Software Consultant Alliance (MOSCA) atau Gabungan Pakar Runding OSS Malaysia, adalah bertujuan untuk menggabungkan Freelance atau pakar runding Open Source Sofware (OSS) dalam satu rantaian, rangkaian hubungan atau "Social Network" di Internet secara maya.

Rangkaian hubungan ini akan menggunakan kemudahan Internet seperti Social Network, Chat, mailing list, forum dan pelbagai lagi. Kemudahan yang sedia ada dan percuma, bagi memastikan rantaian boleh wujud dipelbagai lapisan penggunaan Internet.

Dengan gabungan secara maya ini membolehkan kerjasama dan aktiviti secara dapat dirangka, dijalankan dan diuruskan.

(A) Agenda

Agenda utama MOSCA pada masa ini adalah

(A.1) Meluaskan rangkaian hubungan melalui rakan-rakan dan kenalan
(A.2) Mewujudkan rangka kerja pemasaran bagi ahli kumpulan MOSCA
(A.3) Mewujudkan satu pusat hubungan kepada semua Freelance dalam MOSCA
(A.4) Mewujudkan kerjasama kerja antara freelance bagi menjalankan projek

(B) Portal MOSCA

Sebuah laman web khusus atau portal, yang bertindak sebagai pintu hubungan rangkaian hubungan ini akan diwujudkan bagi memudahkan pencarian Freelance atau pakar runding OSS ini. Untuk permulaan, laman web http://mosca.songketmail.org/ akan digunakan untuk portal MOSCA.

(C) Penyertaan

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai MOSCA. Contoh-contoh pengetahuan OSS yang boleh menyertai rangkaian hubungan maya ini.

(C.1) Anda yang menggunakan Linux, FreeBSD, OpenBSD, NetBSD dan Open Solaris.
(C.2) Anda yang menjalankan pemasangan backend server seperti Apache web server, MTA seperti Postfix, Qmail, Exim, OpenLDAP dan pelbagai.
(C.3) Anda yang membina aplikasi menggunakan bahasa aturcara seperti Perl, Ruby, PHP dan Python.
(C.4) Anda yang menjalankan perniagaan melibatkan sokongan dan pemasangan aplikasi OSS.
(C.5) Anda yang terlibat sebagai pelatih OSS, seperti Open Office, Linux Administration dan pelbagai lagi.

(D) Cara-cara menyertai

(D.1) Sediakan biodata diri anda. Ringkas dan tanpa perlu mendedahkan maklumat peribadi terperinci. Nama, alamat email, nama Internet dan laman web adalah perlu. Biodata perlu senaraikan kemahiran OSS dan pengalaman kerja OSS. Sertakan sekali :-

- Nama pengguna Sourceforge.net
- Nama pengguna Gmail.com
- Nama pengguna Yahoo! Mesenger
- Cadangkan nama pengguna untuk anda gunakan untuk Intranet MOSCA

Biodata ini bagi tujuan sebaran melalui Internet, jadi anda perlu berhati-hati apa yang anda ingin edarkan.

(D.2) Sediakan laman web yang mengandungi biodata diri anda seperti D.1

(D.3) Anda perlu mempunyai nama pengguna di Sourceforge.net


Sourceforge.net adalah mempunyai E-market yang membolehkan kemahiran OSS disenaraikan dan pihak berminat boleh mendapatkan perkhidmatan OSS dengan bayaran yang dipersetujui bersama. Ia terbuka kepada pasaran antarabangsa.

(D.4) Email kepada myfossg @ songketmail.org dengan tajuk (subject) "Daftar Masuk MOSCA nama anda". Gantikan namaanda dengan nama penuh anda. Sertakan biodata diri dan daripada mana anda mendapat tahu MOSCA.

(D.5) Keperluan menyertai pelbagai kemudahan Internet.

- Terima LinuxMalaysia dalam Google Chat dan Yahoo Mesenger apabila dijemput.

(E) Rangka Kerja Promosi

Diharapkan MOSCA dapat diperkenalkan kepada rakan-rakan lain yang terlibat dengan freelance OSS. Ini membolehkan hubungan antara Freelance boleh diwujudkan bagi tujuan berkongsi pengalaman dan ilmu dan bantuan.

(F) Rangka Kerja Pemasaran

Rangka kerja pemasaran adalah untuk mewujudkan cara yang bersesuaian untuk memasarkan perkhidmatan dalam setiap ahli MOSCA. Setiap ahli MOSCA perlu menyertai pelbagai kemudahan Internet bagi mendapatkan pendedahan yng lebih luas.

MOSCA akan dibuka dipelbagai ruang Social Network bagi tujuan membentuk hubungan antara pelbagai pihak.

(G) Rangka Kerja Pusat Rujukan

MOSCA akan membangunkan sistem sokongan seperti meja bantuan (helpdesk), Sokongan melalui talian seperti online chat dan sistem tiket yang boleh diselaraskan sesama ahli MOSCA.

(I) Langkah-langkah penyertaan :-

Klik sini untuk rangka kerja pemasaran dan penyertaan. Sila daftarkan diri anda pada setiap langkah-langkah.

Sunday, December 14, 2008

Kadar Bayaran Freelance OSS MOSCA

Kadar Bayaran Freelance OSS MOSCA

Email Archive
https://sourceforge.net/mailarchive/forum.php?forum_name=songketmail-myfossg

Hasil perjumpaan pada 23 Nov 2008. Kadar bayaran untuk Freelance OSS telah dibincangkan. Berikut saya dokumen hasil perbincangan dan lain-lain maklum balas saya terima sebelum dan selepas perbincangan.

Sila berikan pandangan sebelum menjadi teras kepada kita semua.

(A) Bayaran ditentukan dengan cara berikut :-

(1) Masa perkhidmatan diperlukan

(1.a) Hari ini juga dengan segera. Keperluan dokumen seperti email atau hubungan baik.

Lanjutan perbincangan untuk mewujudkan satu cara untuk menentukan kadar khidmatan sokongan selama setahun.

(1.b) Selepas hari ini dengan dokumen-dokumen telah disediakan.

Dokumen paling perlu adalah LO atau sebarang dokumen daripada kewangan pihak yang mahu perkhidmatan.

Jika perlu segera. Surat Tunjuk Minat.

(2) *** Kadar ***

(2.a) Bagi khidmat biasa adalah berdasarkan "Hari Kerja" bersamaan 8 jam kerja sehari. Satu hari kerja bersamaan RM2000.

kadar Hari kerja dikira dalam keadaan biasa apabila antara 8 pagi hingga 11.59 malam.

Sekiranya ada penambahan lebih 8 jam kiraan adalah dibuat RM200 untuk sejam penambahan.

Selepas 12 tgh malam hingga 7.59 pagi adalah dengan kiraan jam. Satu jam kerja adalah RM400.

Kenapa mahal? Apabila perlu tidur waktu siang sebelum atau selepas tugasan ia akan membuat hilang peluang untuk membuat kerja-kerja lain waktu siang. Kebanyakan kerja adalah waktu siang.

Maksimum boleh kerja dalam sehari (hari kerja) adalah 12 jam. Biar adalah rehat. Keperluan menjaga kebajikan dan kesihatan.

Kes boleh terjadi apabila kerja dimulakan lewat. Contoh selepas jam 4 ptg. dan melebihi 12 jam.

Kiraan 4ptg hingga 11.59 malam adalah RM2000 sehari. Masa selepas 12 tgh malam adalah kiraan RM400 sejam.

Bagaimana pula sekiranya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi.

Kiraan adalah kerja 8 malam hingga 4 pagi RM2000. Tambahan RM200 antara jam 12tgh malam hingga 4 pagi. Selepas 4 pagi adalam RM400 sejam.

RM2000 + RM800 (4 jam x Rm200) + RM1600 (4jam x rm400) = RM4400.

INGAT YA. Kerja malam menyebabkan kita kerugian masa untuk kerja-kerja siang sebelum dan selepas sebab perlu tidur. Masa dengan keluarga juga terbuang. Atas kira rendah. Boleg juga kenakan RM400 kam 12 hingga 4 pagi. Ikut keperluan masing-masing.

(2.b) Kadar hari kerja segera.

Maksud kadar hari kerja segera adalah bila ada keperluan untuk melakukan kerja, kurang daripada 24 jam pada masa kerja hendak dijalankan.

Ikut jam kerja Rm400 sejam sehingga selesai tidak melebihi 12 jam. Sekiranya perlu disambung esok harinya kadar perlu dirunding sama ada mengikut kadar (2.a) atau teruskan dengan kadar (2.b) dengan kiraan ikut jam. Sambungan kerja hanya dibuat selepas paling minimum 4 jam untuk memberi rehat kepada mereka yang terlibat.

Sekiranya mahu mengikut kadar (2.a) masa bertenang perlulah 24jam.

(3) Formula bagi kiraan bayaran perkhidmatan

Satu formula perlu dirangka bagi membuat kiraan "hari kerja" bagi kerja yang hendak dijalankan. Ia boleh menjadi panduan bagi penentuan harga.

Penentuan jumlah harga adalah mengikut :-

(3.a) Jenis kerja dijalankan sama ada melibatkan kepakaran khusus.
(3.b) Jumlah pengguna yang terlibat dalam kerja-kerja.
(3.c) Kos-kos pembelian selain daripada harga perkhidmatan. Contoh lesen perisian, perkakasan dan pelbagai.
(3.d) Kos membuat sokongan semasa waranti (3 bulan dicadangkan)
(3.e) Kos latihan

(3.a) Untuk perkara ini satu "baseline" akan disediakan. Contoh untuk menyediakan Email berapa lama diperlukan dan apa yang dikatakan sebagai perkara biasa.

Ia turut melibatkan kepakaran seseorang. Mungkin kerja yang dulunya mengambil masa 4 hari boleh dibuat dalam masa 2 hari. Mungkin satu kerugian akan tetapi penambahan nilai perkhidmatan boleh dibuat disitu.

Perlu ikut pertimbangan masing-masing.

(3.b) Semakin ramai pengguna yang terlibat semakin bertambah jumlah hari kerja. Ini disebabkan jumlah pengguna menentukan jumlah saiz data yang perlu migrasi atau konfigurasi khusus yang perlu dilakukan. "Baseline" perlu dibincangkan.

(3.c) Kos-kos belian lain perlu dimasukkan sekali. Jangan lupa untuk naikkan sedikit harga bagi kos pengangkutan dan tukaran wang asing. Jangan tolak daripada bayaran perkhidmatan.

(3.d) Kos membuat sokongan waranti perlu dikira. Cadangan 3 bulan untuk masalah pemasangan dan perlu tetapkan berapa kali perlu datang untuk membuat pembetulan.

(3.e) Kos latihan selepas pemasangan perlu diambil kira. Biasanya kiraan adalah RM450 satu orang untuk sehari latihan.

(B) Perkara-perkara lain

Selepas mengira kos, barulah ada penilaian sama ada hendak berikan diskaun atau tidak. Harap kerja sama semua untuk nilaikan kerja dengan kadar diatas dan turunkan harga dengan diskaun. Ini membolehkan Kadar sentiasa tetap.

Perlu wujud dokumen yang standard hari kita semua. Seperti surat penjanjian kerja. (Dibincangkan dalam email lain)

Perlu diwujudkan helpdesk bersama. (Dibincangkan dalam email lain)

Perlu diwujudkan Marketing bersama. (Dibincangkan dalam email lain)