Sunday, November 16, 2008

Startup Camp

Startup Camp

http://www.entrepreneurs.my/start-up-camp/

Startup Camp, a.k.a “The Unconference for the Startup Community”, is an unconference-style event that’s dedicated to bringing together the various members of the startup community for a face-to-face collaborative meetup where its the attendees that drive the agenda (in true unconference fashion).

StartupCampKL will be happening in conjunction with the Global Entrepreneurship Week: Malaysia.

Date: 22-23 November 2008

Venue : Plug and Play Centre: The Gardens, Mid Valley.

Entrance Fee: FREE, just register.

Schedule: http://barcamp.org/Startup+Camp+KL+Schedule

Facebook Event Page: http://www.facebook.com/event.php?eid=37011617602

Wiki: http://www.barcamp.org/StartupCampKL

Saturday, November 8, 2008

Perbincangan Mula Freelance OSS Malaysia

Perbincangan Mula Freelance OSS Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Email saya kirimkan bagi maksud untuk perbincangan mula dikalangan freelance OSS. Seperti mana ramai dikalangan kita terlibat dalam kegiatan freelance maka perlu ada satu saluran hubungan dan persepakatan antara kita.

Tiga isu yang perlu dibincangkan secara serius dalam email dan sebelum pertemuan antara mata sesama kita adalah :-

(1) Penentuan harga pembayaran yang standard
(2) Pelindungan bila timbul masalah
(3) Mewujudkan sokongan sesama kita bagi pengkongsian masalah
(4) Mewujudkan fungsi pemasaran berpusat

Setakat ini ahli perbincangan adalah :-

(1) Arafat @ Trunasuci
(2) Sharuzzaman
(3) Rizal
(4) E1
(5) Aziman
(6) Ejat
(7) Haris @ LinuxMalaysia
(8) Abdullah
(9) Jamal

Kita akan tambah secara berperingkat, mana-mana yang berminat. Pada masa ini saya panggil group ni MyFOSSG, Malaysia Freelance OSS Group...

http://myfossg.blogspot.com/

(1) Bagi tujuan penentuan harga sesama kita, saya dengan LinuxDotMy (Rizal dan e1) ada mencadangkan supaya diwujudkan pakej-pakej tawaran penyelesaian dengan harga yang tetap. Sebagai contoh dalam pemasangan sistem email diwujudkan 2 3 pakej dengan setiap pakej penambahan fungsi dengan harga yang semakin bertambah. Kita semua akan pegang pakej yang ditawarkan. Jika mahu rendah buat diskaun tanpa perlu ubah harga pakej asal.

(2) Perlindungan bagi masalah

Saya sendiri alami syarikat tak mahu bayar selepas kerja dengan pelbagai alasan yang dirasakan hanya hendak perah lagi tenaga kerja sedangkan kerja dengan scope telah dipersetujui telah dilakukan. Untuk tujuan itu satu cara perlindungan perlu diadakan. Sebagai contoh senarai hitam untuk dikongsikan sesama kita freelance.

Perkara paling penting adalah untuk mewujudkan surat perjanjian yang boleh dipakai secara standard sesama kita.

(3) Perlu wujudkan kumpulan sokongan pakar antara kita bagi membantu yang lain. Saya rasa ini tidak menjadi masalah kerana sedia wujud Ittutor.net dan Ubuntu-my Namun masalah besar adalah keperluan pakar dihantar onsite dan kita perlu bayar mereka jadi tidaklah timbul nanti rasa tidak senang.

How much kita perlu bincang dan perlu masuk dalam kos projek.

(4) Saya minat untuk mewujudkan mekanisma bagi pemasaran dikalangan kita. Buat Planet group kita, buat single domain untuk semua search profile kita.

Saya tunggu maklum balas lain.

Terima kasih.

Harisfazillah Jamel

http://blog.harisfazillah.info/